Khamis, 31 Mac 2011

Bermalam Di Katil Seorang Lelaki

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

~ustazpenang~

~MUHASABAH DIRI~

Assalammu'alaikum warahmatullah....

"Barangsiapa MELEPASKAN KESUSAHAN seorang muslim dari kesusahan DUNIA, Allah akan
MELEPASKAN KESUSAHANNYA pada hari KIAMAT; barangsiapa MEMUDAHKAN seorang
yang mendapatKESUSAHAN, Allah akan MEMUDAHKAN URUSANNYA di DUNIA
dan AKHIRAT; danbarangsiapa MENUTUPI AIB seorang muslim, Allah akan
MENUTUPI AIBNYA diDUNIA dan AKHIRAT; dan Allah selalu akan
MENOLONG HAMBA-Nya selama ia MENOLONG SAUDARANYA." (HR Muslim)


Seketika aku d uji aku merintih,
Seketika aku d buli aku meminta pertolongan,
Seketika aku d tolaknya aku merayu,
Seketika aku d sia-siakan aku mengharap,
Namun, setelah itu semua berlalu,
Tahu lah aku bahawa tempat mengharapku hanya lah pd Dia...

Rabu, 30 Mac 2011

~TERLERAI KASIH TERSIRNA SAYANG....~

~terlerai kasih tersirna sayang....~

semusim lamanya hubungan ini
menguntai bahagia menganyam ceria
bersama suka duka yang bersilih ganti
tanpa jemu rindu ini terus memacu

dalam kekalutan yang menyinggah datang
tiada alasan yang mampu diberikan
tiada penjelasan yang bisa dikhabarkan
segala-galanya mengundang kebencian

kesilapan dan kekhilafan yang aku lakukan
mencarik robek sekeping hati yang tulus menyayangi
tanpa sekelumit niat untuk menengkari janji
namun...hatimu telah aku sakiti
berkali-kali...berulangkali
tanpa aku sedari...
begitu tega sekali
aku menghancur lumatkan...
kasih yg telah kau beri....
yang telah kita meterai

kuakui kebodohan dan kejahilan diri
mendambakan kasih sayang
dgn rakus dan tamak sekali
tanpa memikirkan natijah
yang perlu aku tempuhi
lantaran kelemahan diri sendiri

untuk kesekian kalinya
aku ingin nyatakan di kesempatan ini
aku tidak pernah sesekali
menipu atau membohongi
apabila aku mengungkapkan
rasa kasih dan sayang
yang terbit di dalam hati...
lalu kupersembahkan padamu
insan yg amat aku sayangi...

kesilapan dan kekhilafan
yang tidak pernah aku sedari...
akhirnya mencampakkan aku
ke suatu situasi
yang aku sendiri tidak pasti
membenamkan segala-galanya
biarpun tanpa aku redhai
terpaksa akur walaupun di hati
tidak sesekali merestui...

dalam kepayahan yg menyapa diri
kugagahi mengatur langkah kaki
agar mampu utk terus bangun dan berdiri
meniti hari-hari sepi
yang tidak bermakna lagi
segalanya lantaran kelemahan sendiri...

di saat melepaskan kau pergi
hati ini bagaikan dihiris pedih
namun...
aku akui dirimu lebih merasai
apa yang telah terjadi
kerna hatimu telah disakiti dan dilukai
biarpun ianya bukan niat di hati ini...

segala-galanya berakhir
tanpa aku mengundang hadir
tanpa redha dan tanpa direstui
aku kini dihukum lantaran perbuatan sendiri
terlerai jua kasih ini
tersirna jua sayang ini
di saat bahagia sedang meniti
hari-hari yang kita telah lewati
kasih terkulai di pintu mahligai
sayang tersungkur di pintu kubur....

terlerai kasih tersirna sayang
kesilapan sendiri menikam belakang
terhenyak duka tanpa ditatang
rindu terdampar tak lagi dipandang
dibelenggu rasa diulit walang....

~zaza/31032011/bsh~
1.07 am








Selasa, 29 Mac 2011

~RINTIHAN SEKEPING HATI~

~rintihan sekeping hati...~

seketika ini...
aku cuba mengumpul kekuatan
mencari kesilapan dan kekhilafan diri
tanpa aku sedari...
mungkin ada yg telah terluka di hati
lantaran kebodohan dan kejahilan diri ini...
siapalah aku ini....

seketika ini...
aku panjatkan doa yang setulus2nya
agar keasingan ini bisa berakhir
dan situasi kembali seperti dulu...
aku tahu...
segala-galanya berpunca dariku...
dan aku tahu...
pastinya hatimu terhiris luka
maafkan aku....maafkan aku
tiada terlintas utk aku berbuat begitu....

sebak rasa hati ini
sesak rasa dada ini
segala-galanya bermain-main di minda ini
ingin aku terus bersamamu sepertimana dulu..
namun...apalah dayaku
siapalah aku...

seketika ini...
aku terus menyesali..
atas apa yg telah terjadi...
aku berharap dan bermohon
agar api kemarahanmu bisa reda
agar rasa kebencianmu bisa lenyap
semoga kita kembali seperti dulu...
tapi...siapalah aku

andai nanti tiada lagi kemaafan di hatimu
andai nanti tiada lagi rasa kasih di jiwamu
andai nanti tiada lagi rindu yang bertamu
andai nanti tiada lagi sayang di mindamu
aku redha dan pasrah...
kerna aku tahu...
siapalah aku...

namun...izinkan aku
utk terus menyayangimu
adikku....


-zaza/rsk 0104/2010-

~ZULAIKHA AINA NABILA - 'AINA'...KAULAH PERMAATA HATI UMMI...~


aina...
mungkin ummi...terlalu keras ketika mendidikmu
mungkin ummi...terlalu garang ketika mengajarmu
mungkin ummi...terlalu tegas ketika membimbingmu

namun...
percayalah anakku
segala-galanya adalah untuk kebaikanmu
segala-galanya adalah untuk kebahagiaanmu
segala-galanya adalah untuk kecemerlanganmu....

aina....
terlalu sukar untuk ummi lafazkan
betapa sayang kasih dan cintanya ummi kepadamu
kerana....kau masih terlalu mentah untuk memahami segala-galanya
namun aina...
ummi ingin aina mengetahuinya...
sesungguhnya...
tidak mungkin ummi akan melupakan aina
walau sedetik walau sesaat
kerna...
kaulah satu-satunya permata hati ummi

aina...
tanpamu...apalah ertinya hidup ummi
tanpamu...lumpuhlah segala gerak dan langkah ummi
tanpamu...hilanglah keceriaan dan kebahagiaan ummi
kerna...
kau adalah segala-galanya bagi hidup dan kehidupan ummi

aina...
ummi pasti bersamamu sayang...
ummi pasti mengiringi perjalanan hidupmu...
ummi pasti mengabdikan diri demi untuk kebahagiaanmu
kerna...tanpamu siapalah ummi
dalam melayari hidup yang penuh dengan liku-liku

aina...
kaulah permata hati ummi
kaulah penawar hati ummi
kaulah pemangkin semangat ummi
kaulah segala-galanya bagi ummi...
kasih dan sayang ummi akan terus memayungimu
hari ini esok dan hari-hari yang seterusnya....
ummi sayang aina....

semoga aina mampu membahagiakan hidup ummi
semoga aina mampu menjadi anak yang solehah
semoga aina mampu menjadi pembela muslimah
semoga impian aina menjadi kenyataan
insyaAllah...
ummi sayang aina sampai bila-bila
kasih sayang ini tidak akan ada akhirnya sayang....
doa ummi pasti mengiringi setiap perjalananmu
dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat....

-zaza/zankphm 13/04/2010-

~NUKILAN BUAT SEORG INSAN YG BERNAMA MONA..~


~nukilan buat seorang insan yg bernama mona~
(khas buat hasmona bt mohd thani)

seketika waktu itu...

kita dipertemukan di ruang maya ini

tanpa ada lafaz kata

tanpa ada ungkap bicara

namun...

ukhwah itu terjalin jua...


seketika berlalu...
semakin akrab jalinan ukhwah

tanpa mampu dirungkai lagi
kerna...
jalinannya bagaikan telah tersimpul mati
redha dan pasrah pd ketentuan Ilahi...


dalam kekalutan emosi yg bertandang...

tiba2 ujian menjengah datang

menguji kesabaran dan kekuatan kita

dalam sendu yang sarat...

kita masih mampu berhubungan erat

biarpun...

hati menjadi resah dengan igauan yang sarat

kini...

kita sudah mampu mengukir senyum

biarpun...
tidak pernah kita bertatap pandang

hanya sekadar berbicara mesra...

pabila ada detik dan ketika

segalanya menyuburkan lagi kemesraan kita..


bersyukur aku kepada-Nya

dengan pertemuan dan perkenalan ini
biarpun hanya di ruangan maya

namun kemesraan yang terjalin

tetap dirasainya...

malah...

kasih dan sayang ini
telah tertumpah
buatmu adikku...

semoga tiada lagi prasangka
yang melanda

semoga tiada lagi kemelut emosi
yang menerpa

sama-samalah kita
menghargai segala-galanya

kerna...
pertemuan kemesraan dan seterusnya
kasih sayang ini
semuanya...
adalah anugerah dan kurniaan Allah swt


~zaza/nbsiybm 1805/2010~

~BERJALANLAH TANPA HENTI...~

~berjalanlah tanpa henti.....~

seketika waktu yang dilewati
mengundang pelbagai resah gelisah
menggamit pelbagai kemelut emosi yang bersarang
yang mendebarkan
yang menyesakkan
namun...langkah ini perlu diteruskan
biarpun payah....kugagahi jua
biar pun susah...kutempuhi dgn rela
berjalanlah tanpa henti.....

seketika waktu yang dilewati
hati ini terhiris luka...
bagai ditusuk duri yang berbisa
bagai dipanah belati waja
sakit perit pedih sedih duka kecewa derita
semuanya silih berganti menerobos ruang minda....
menghancurkan sebuah impian
membenamkan sebuah harapan
melenyapkan sebuah kebahagiaan...
namun begitu...hidup perlu diteruskan
bersama redha-Nya allah swt...
justeru...
berjalanlah tanpa henti.....

buat seketika waktu yang dilewati ini..
kembalilah tersenyum
biarpun hati digamit duka lara yang panjang....
yakinilah bahawa....hikmah Allah swt sedia terbentang utk kita
dalam mengharungi hari2 yang penuh liku
kerna...sesungguh-Nya
janji Allah buat kita adalah 'PASTI'...
berjalanlah tanpa henti....
kerna...
di hadapan sana pastinya...
ada sinar dan harapan yang menanti....
percayalah....


~zaza/blth 25/05/2010~

~KETIKA KEIKHLASAN DIKHIANATI TANPA DIRESTUI...~

~ketika keikhlasan dikhianati tanpa direstui~
(buat seorang insan yg sgt terluka hatinya....)

seketika ini...lewat sore yg dingin ini
tiba-tiba hatiku tersentuh pilu
bagaikan disiat-siat dek belati tajam
pedih terhiris...
luka bertambah parah

setulus kasih dan selautan sayang
yang terbentang di hadapanku...
telah kuperuntukkan untukmu..
dengan berlandaskan keikhlasan yang setulusnya
aku akur dengan ketentuan Illahi...
aku hamparkan permaidani kejujuranku
membiarkan jejak-jejak kasihmu menapak di atasnya
aku redha aku pasrah..

namun...tanpa kusedari
cahaya yg bersinar kuharapkan berlarutan
rupanya kelam juga akhirnya....
panas yang kuharapkan
mendung juga menutupi segala2nya
siapalah aku yg mampu menghadang
apatah lagi menghalangnya....

deraian air mataku berjujuran...
menangisi perpisahan yg tdk pernah aku relakan
segala kasih dan sayang...telah tiada lagi
kau biarkan segala-galanya melayang
bagaikan layang-layang....
tanpa haluan...ditiup angin

keikhlasan yang kuhulurkan
disambut lesu tanpa memberi harapan
aku akhirnya dibiarkan terus meniti kesepian
yang berpanjangan dan berlarutan
siapalah aku di hatimu sebenarnya....
adakah sekadar terminal sementara
adakah sekadar pelabuhan cuma
segalanya merentap seluruh jiwa dan raga
yang terlalu menghargaimu....

seketika ini....
aku cuba bangun kembali
mengumpul semula serpihan-serpihan hati
yang pecah berderai....
bagaikan kaca yg terhempas ke batu...
aku sendiri terpaku..
bersama sendu....
semakin kucuba semakin hampir memori duka itu
mengiringi setiap langkahku...

Ya Allah Ya Tuhanku
berilah hamba-Mu ini kekuatan yg jitu
agar dapat terus meniti hari-hari yang berlalu
dengan semangat dan harapan yang baru
biarpun keikhlasan lalu
telah dikhianati tanpa kerelaanku
tanpa restuku...
dalam kepayahan....
aku perlu akur dan redha...
biarkanlah segalanya berlalu
semoga sinar kebahagiaan kembali menemaniku...

Ya Allah Ya Tuhanku...
berikanlah ketabahan pada diriku
agar mampu berdiri semula
biarpun terasa payah...
semoga diriku sentiasa diberi rahmat..
dan keberkatan oleh-Mu
Aminnn...


~zaza/kkdktdr 30/05/2010~

Isnin, 28 Mac 2011

~DI SAAT RINDU INI HADIR...~

~di saat rindu ini hadir.....~

di saat rindu ini hadir....
hati ini terasa sesak
dada ini terasa sebak
perasaan ini seakan memberontak
saratnya bagai tak bisa dibedak-bedak
membungkam bersama resah yang semakin rebak

di saat rindu ini hadir...
ku gapai bayanganmu
dalam kesamaran yang sendu
menguntai kasih yang semakin bisu
bersama...
menganyam sayang yang semakin tepu

sesekali...
hati ini bagaikan dingin membeku
hanya mampu menguntum senyum
dalam kedukaan yang tidak siapa pun tahu...
tertanya-tanya di ruang hati dan minda
siapalah aku di hati mereka...
seketika itu...
sebak di dada terus bergelora
tak mampu lagi aku menyekanya...
mengalir juga air mata duka...
membasahi pipi tnpa mampu
aku menahannya......
peritnya derita seksanya duka...
moga ketabahan mengiringi perjalananku...

di saat rindu ini hadir...
aku terus di sini
bersama kasih yang telah termeterai
bersama sayang yang telah bersemi
menghuni di lubuk hati ini...
biarlah aku terus menyulam kasih sayang ini
setulus-tulusnya...
semoga mendapat keredhaan-Nya
sesungguhnya...
di saat rindu ini hadir..
aku terus merindui segala2nya...
semoga ada ruang dan kesempatan
untuk kita menyatukan kemesraan
serta kasih sayang ini...
di alam nyata....InsyaAllah

~SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAUTAN SAYANG...~

Buat tatapan kalian yang amat disayangi....

Seandainya...aku mampu menzahirkan segala2...ingin rasanya kuluahkan apa yg tersirat dan tersurat di lubuk hati ini...betapa bersyukurnya diri ini mengenali diri kalian biarpun hanya di ruang maya FB...

Bersyukur dengan anugerah Allah swt ini...ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat diri kita..cuma ada ketikanya kita ini terlalu gopoh dan gelojoh sehingga menidakkan apa yg terbaik buat diri kita...

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian..kerna sudi menerima kehadiran diri ini yang tidak sepertinya...sesungguhnya, jalinan ukhwah fillah abadan abada ini merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai harganya...

ianya cukup bermakna dan bererti sekali..

Biarpun hanya mampu bersuara di alam maya...tanpa mampu bertatap muka...tanpa bisa berjabat mesra...namun rasa kasih dan sayang ini semakin tebal di sudut hati..kemesraan ini rasanya sudah sebati...sentiasa mengiringi hari-hari yang kita susuri...

Di antara kita telah sedia ada rasa kasih sayang yang membara...saling menasihati dan saling melengkapi...sentiasa ada di kala sedih dan gembira...di saat duka dan ceria...betapa indahnya ukhwah ini...Terima kasih Ya Allah...Semoga jalinan ukhwah dan kasih sayang ini akan berkekalan selama2 nyer hingga ke akhir hayat....aminn

Terima kasih untuk segala2 nyer...semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt hendak-Nya...

Titipan Buat Kalian Yang Disayangi...

seketika dahulu

aku bagaikan terdampar sepi

di pesisiran pantai kehidupan

yang hambar...

kususuri setiap ruang

bersama sekeping hati yang tandus

hanya bertemankan air mata duka

bersama...

pena dan tinta yg bisa mengungkapkan segala rasa

kini...

setelahsekian lama...

kalian kutemui

biarpun hanya sekadar jalinan maya

namun...ianya cukup bermakna

di ruang FB ini...

kita mampu bercerita

kita mampu berbicara

kita mampu berkongsi suka dan duka

kita mampu rasai kehangatan kasih dan sayangnya

di sini juga...

kita kenali hati dan budi

kita bajai kasih yang suci

kita insafi kekhilafan diri

kita temui sahabat sejati

kita temui anak2 yg ingin dimanjai

kita temui adik2 yg ingin disayangi

kita temui segala2 nyer...dengan redha Illahi

tanpa diduga tanpa dijangka...

antara kita semakin akrab hubungannya

biarpun tdk pernah sekali bertatap mata

mahupun berbalas bicara di alam nyata

namun...kemesraan itu sudah sebati di dalam dada

dalam munajatku di sepertiga malam

aku serahkan seluruh hidupku dan matiku

kepada-Mu Ya Allah Ya Rabbi Ya Rahimm

memohon keprihatinan-Mu...

seandainya masih ada ruang dan kesempatan

untuk diri ini berada di sini...

Engkau berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini

agar dapat terus berbakti

buat insan-insan di sekelilingku

yang amat aku sayangi...

berilah peluang kepada hamba-Mu ini

untuk menebus segala silap dan khilaf diri

semoga...kehidupan ini sentiasa dirahmati dan diberkati

InsyaAllah...aminnn

~zaza/bkyks/18112010~

~BICARA SEKEPING HATI~

~Bicara Sekeping Hati....~

Semusim sudah kehadiranku di ruang maya ini...bertapak di sini bersama matlamat yang tersendiri...aku sendiri tidak menyangka akan terus di sini sehingga ke saat ini...

Buat seketika waktu dahulu...di saat masih mentah dengan FB...di hati ini hanya tersimpan satu impian dan hasrat...mengharapkan agar bisa kutemui kembali teman-teman dan juga sahabat-sahabat yg telah lama terpisah...jua ingin kujumpa kembali bekas anak-anak didikku yang pernah aku bimbing asuh dan ajar suatu ketika dahulu....

Alhamdulillah...dengan redha-Nya Allah swt...aku mampu menjalinkan kembali sillaturrahim bersama teman-teman persekolahanku dulu...bertaut kembali ikatan persahabatan lalu...biarpun telah sekian lama tidak bersua muka bertatap mesra...akhirnya, berjaya mengumpulkan sebahagian daripadanya dalam Majlis Reunion...syukur sangat-sangat dengan kurniaan Allah swt ini...

Di medan ini juga...aku berkesempatan bertemu kembali dengan bekas anak2 didikku yang amat aku sayangi dn kasihi...biarpun semakin menginjak usia...namun aku amat bersyukur kerna mereka masih ingat dan kenal pada diriku ini...dan yang paling menggembirakan serta membanggakan diriku ialah...apabila mereka kini telah berjaya dalam kerjaya masing-masing...

dengan menjawat jawatan-jawatan penting...tahniah di atas kejayaan kalian semua...cikgu amat bersyukur dan berbangga sekali...

Tanpa aku sedari...ruang maya ini juga menjadi tempat untuk aku meneruskan aktiviti seniku...di sini aku berasa selesa untuk menzahirkan kata-kata berupa nukilan dan juga puisi untuk tatapan bersama...suatu keadaan yg tidak sempat aku lakukan seketika dahulu....impianku untuk berkarya seringkali terkandas di tengah jalan...tapi kini, aku mampu melakukannya....dan aku amat gembira dengan perkembangan ini...impian dan hasratku tercapai jua akhirnya...semuanya dengan redha-Nya Allah swt...alhamdulillah

Di ruang maya FB ini juga...aku dapat mengenali ramai insan-insan yang teristimewa...mengenali mereka mendekati mereka membimbing mereka serta mengasihi dan menyayangi mereka seikhlas rasa tanpa curiga dan prasangka...aku bahagia apabila dengan secebis perhatianku..aku mampu menceriakan mereka dan menggembirakan hati mereka...membebaskan mereka daripada terus bergelumang dengan kemelut emosi yang sarat...aku tak minta dipuji...aku tak minta disanjung...apa yang aku lakukan adalah semata-mata kerana Allah swt dan sekadar memenuhi tanggungjawab sosialku...ini juga merupakan amanah yg perlu aku galas dengan sebaiknya dan tidak sesekali mempersiakannya....

Alhamdulillah...dengan izin-Nya, nukilan-nukilan yang aku zahirkan itu...mampu memberi semangat dan inspirasi kepada mereka...terima kasih semua kerna sudi menyokong setiap nukilan yang aku paparkan di wall FB ku...aku rasa puas apabila aku dapat membantu insan-insan lain yang benar-benar memerlukan dokongan dorongan bimbingan dan kasih sayang...aku ikhlas melakukan semua itu tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran peribadi...memadailah dengan jalinan ukhwah dan kasih sayang...

'bahagia melihat kebahagiaan insan lain...' inilah yg sering aku lakukan...sentiasa berusaha untuk lakukan yang terbaik demi kebahagiaan insan-insan di sekelilingku....biarpun kadang kala aku juga goyah dan hampir rebah di saat aku diterjah dengan pelbagai ujian dan dugaan...namun, aku ketepikan semua itu...yang paling utama, aku ingin melihat kegembiraan dan kebahagiaan di hati insan-insan di sekelilingku....aminnn

Namun...dalam kegembiraan dan kebahagiaan yang aku kecapi di saat ini bersama insan-insan yang aku sayang serta warga FB....hatiku begitu hiba dan luluh sekali apabila ditohmah dan difitnah dengan ungkapan kata yang benar-benar memberi tamparan hebat buat diriku serta mencabar kesabaranku....apa yang mampu aku lakukan hanya menangis dan menangis sambil berdoa kepada-Nya....di samping menzahirkan seberapa banyak nukilan yang mampu untuk meredakan kekecewaan dan sakitnya hati ini....aku tak mampu untuk menjelaskan segala-galanya seandainya setiap apa yang aku jelaskan itu ditempelak dan diperkotak-katikkan...justeru, aku ambil sikap berdiam diri sahaja....terima kasih buat teman-teman yang masih setia bersamaku dan menyokong diriku....bersyukur sangat-sangat kerna di saat hati ini bagaikan dirobek-robek...masih ada lagi insan-insan yang berhati mulia bersamaku....memberi semangat kepadaku...terima kasih semuanya....semoga kebaikan dan perhatian kalian akan diberi ganjaran yang terbaik oleh Allah swt hendak-Nya....aminnn

Di saat ini...aku tidak mahu memikirkan apa-apa lagi...biarlah mereka terus memfitnah dengan kata-kata nista dan menuduh aku tanpa usul pereksa... yang penting aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya dan aku juga tahu hala tuju aku selama ini...aku tidak akan mengalah walau seinci kerna yakin Tuhan akan sentiasa bersamaku...aku akan terus berkarya dan menghasilkan seberapa banyak nukilan yg termampu...semoga ianya mampu memberi semangat motivasi serta inspirasi...aku ikhlas kerana Allah swt dalam setiap perlakuan tindakan dan pembicaraanku...apa-apa yang aku lakukan biarlah hanya aku dan DIA sahaja yang tahu maksud dan matlamatku...

sesungguhnya...aku tahu apa yang aku lakukan dan ianya tidak melanggar peradaban kehidupan serta tidak terpesong daripada syariat....aku sentiasa berpegang pada niat yang SATU...segala-galanya semata-mata kerana Allah swt...semoga Allah swt sentiasa merahmati dan memberkati setiap usahaku....aminnn

"Hati Yang Ikhlas Tidak Akan Perasan Dengan Pujian...Tidak Akan Terkesan Dengan Kejian Atau Cercaan...Kerna Hati Itu Tahu... Pandangan Siapa Yang Perlu Diutamakan"

** Penghargaan buat insan-insan yang sentiasa bersama diri ini ....ingatan

dan kasih sayang ini sentiasa ada buat diri kalian...sentiasa mendoakan

yang terbaik...semoga jalinan ukhwah fillah abadan abada dan rasa

kasih sayang ini...akan berkekalan selama-lamanya dengan redha-Nya

Allah swt....aminn 3x Ya Rabbil 'Allammin

~ELERGI SEPI~

~elergi sepi...~

tersandar lesu di dinding kehidupan

menongkah arus sepi yang melulu

meronta dalam kepayahan

meratah pilu setiap penjuru hatiku

goyah seluruh benteng ketabahanku

lelah menangkis segala kemelut yg menyatu

bersama irama duka yang berkalang tiba

aku masih setia disini

menyusuri lorong-lorong kelam

di persada kehidupan yang suram

tidak tahu ke mana hala tuju

lantaran diterjah fitnah dan tohmah

yang merobek seluruh jiwa dan raga

siapalah kita sebenarnya

dengan tega menghambur segala

tanpa beri ruang dan kesempatan

untuk selidiki segala...

telah lenyapkah nilai kemanusiaan dalam diri

telah hilangkah nilai ukhwah yang sejati

sehingga berkajang hinaan dan cercaan menerpa...

merentap sekeping hati insan

yang sememangnya sering dihimpit kedukaan

dalam kepayahan yang panjang

aku cuba bangun semula

bersama semangat baru dan jitu

bersama sokongan yang padu

kulemparkan jauh-jauh segala tohmahan melulu

aku teruskan langkahku tanpa menoleh ke belakang

kerna aku sedar siapa diriku

menumpang seketika di bumi Allah

bersama doa dan harapan

semoga kehidupan sentiasa beroleh

rahmat dan jua keberkatan...aminnn

~zaza/04122010/pdr~

~44 CARA UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN~

~44 cara untuk menjalani kehidupan...~

1. Berikanlah orang-orang di dekat mu sesuatu yang lebih dari yang mereka harapkan dan lakukanlah dengan senang hati dan ikhlas.

2. Jangan percaya akan semua apa yang kamu dengar, kadang ada orang-orang yang mengarang sesuatu untuk melemahkan kamu. Mereka menginamu hanya untuk menutupi kekurangan mereka sendiri.

3. Ketika kamu berkata, “Aku cinta padamu”, bersungguh-sungguhlah dalam mengatakannya. Saat kamu berkata, “Maafkan saya”, lihat mata nya dalam-dalam.

4. Percayalah cinta pada pandangan pertama.

5. Jangan pernah menertawakan impian orang lain.

6. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati. Kamu mungkin akan terluka, tapi ini satu-satunya cara untuk menjalani hidup yang sepenuhnya.

7. Percayalah bahwa sayap yang patah akan kembali

tumbuh seiring dengan berjalannya waktu.

8. Dalam pertengkaran, berkelahilah secara adil. Jangan sampai menyimpan dendam.

9. Jangan menilai orang dari kebiasaan mereka atau dari keadaan keluarga mereka.

10. Bicaralah perlahan tapi berpikirlah cepat.

11. Kadang, berkumpulah dengan orang yang lebih tua 10-15 tahun darimu. Kau akan mengetahui manfaat nya setelah melakukannya.

12. Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang tidak ingin kamu jawab, jangan tunjukkan ketidaknyamanan mu. Cukup tersenyum dan berkatalah, “Mengapa kamu ingin tahu?”

13. Ingatlah bahwa cinta yang tulus dan kesuksesan yang besar membutuhkan risiko yang tinggi. Bijaklah untuk menjalaninya secara bersamaan atau kau akan kehilangan kedua-duanya.

14. Bahagiakanlah ibumu.

15. Ketika kamu kehilangan sesuatu, jangan sampai kamu juga kehilangan pelajaran dari peristiwa itu.

16. Ingatlah tiga H: Hargailah dirimu sendiri, Hargailah orang lain, Hadapi dan bertanggung jawablah atas semua tindakan yang kamu lakukan.

17. Rasa hormat belum tentu membawa persahabatan, tapi persahabatan tidak akan pernah ada tanpa rasa hormat.

18. Jangan biarkan pertengkaran yang kecil menghancurkan persahabatan yang besar.

19. Ketika kamu sadar bahwa kamu telah melakukan kesalahan, segeralah mengambil langkah untuk memperbaikinya.

20. Tersenyumlah saat menerima telepon. Karena sesungguhnya si penelpon akan mendengar dan melihat senyuman kamu secara nyata.

21. Menikahlah dengan pria / wanita yang kamu suka untuk diajak berbicara. Karena ketika kamu beranjak tua, keterampilan mereka dalam berkomunikasi akan sama pentingnya dengan sebuah kepercayaan yang telah lama kamu bangun.

22. Kadang, luangkanlah waktumu untuk menyendiri. Berkhayal lah sambil tertawa. Ingatlah hal-hal lucu di masa lalu.

23. Bila kamu ingin berubah untuk menjadi lebih baik, maka berusahalah untuk berubah sekarang juga. Jangan pernah menunggu waktu. Seperti kamu ketahui, waktu akan terus berputar dan mereka tidak akan pernah berhenti.

24. Tidak penting apa yang telah kamu pelajari hari ini, yang paling penting adalah : Apa yang telah kamu ajarkan hari ini.

25. Bacalah lebih banyak buku dan kurangilah menonton TV.

26. Hidup untuk berbuat kebaikan, adalah kehidupan yang terhormat. Ketika kamu beranjak tua dan berpikir kembali akan masa lalu, kamu akan bisa menikmati kebahagiaan itu untuk kedua kalinya. Orang yang di masa lalunya suka melakukan kejahatan tak akan menikmati masa tuanya.

27. Percayalah kepada Tuhan bahwa ia akan mengabulkan mimpi-mimpi kamu.

28. Sebuah suasana penuh cinta di rumah adalah hal yang sangat penting. Lakukanlah semua usaha untuk menciptakan keadaan tempat dimana kamu tinggal menjadi tempat yang harmonis yang tenang.

29. Perbedaan pendapat dengan orang terdekatmu adalah suatu hal yang biasa dan itu adalah situasi di hari ini. Jadi, jangan pernah mengungkit masa lalu.

30. Baca dan pahamilah sesuatu yang telah menjadi aturan. Lalu kerjakanlah sesuai peraturan untuk memperoleh hasil yang maximal.

31. Bagikanlah pengetahuan kamu kepada orang lain. Ilmu yang diajarkan kepada orang lain akan lebih lama nempel di kepala daripada ilmu yang hanya kamu simpan sendiri. Selain itu ilmu bermanfaat yang kamu ajarkan akan menjadi tabungan kamu di akhirat. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai keabadian.

32. Belajarlah ilmu ikhlas. Itu sungguh mudah, jika kamu yakin.

33. Jangan pernah lupakan seseorang yang telah menghancurkan hidup mu di masa lalu. Ingatlah dia dan tertawalah sepuasnya. Kamu tertawa karena ternyata ada hikmah di balik semua itu.

34. Jadilah sesorang yang peduli dengan bumi. Pelajarilah artikel tentang Efek dari Global Warming.

35. Berdoalah. Karena ada beragam kekuatan di dalamnya. Tahukah kamu bahwa ada dua cara untuk mengubah takdir ? Salah satunya adalah doa.

36. Jangan pernah merasa puas dan bangga ketika kamu sedang disanjung. Sesunguhnya diatas langit masih ada langit.

37. Pikirkan kepentingan Anda sendiri. Jangan mencampuri urusan rumah tangga orang lain sebelum diminta.

38. Sekali setahun, pergilah ke suatu tempat yang belum pernah kamu datangi sebelumnya.

39. Jika kamu mempunyai banyak uang, gunakanlah untuk membantu orang lain yang lebih membutuhkan. Sesungguhnya kekayaan kamu hanyalah titipan dari Tuhan, gunakanlah sebaik-baiknya.

40. Ingatlah bahwa tidak mendapatkan apa yang kamu inginkan kadang adalah sebuah keberuntungan. Karena jika kamu tidak mendapatkan apa yang kamu inginkan sesungguhnya kamu pasti akan mendapatkan apa yang kamu butuhkan.

41. Asahlah otakmu dengan berpikir terlalu keras (misalnya untuk mempelajari sesuatu yang belum kamu ketahui), lalu beristirahatlah saat kamu benar-benar lelah.

42. Bacahlah buku 10-15 menit sebelum tidur. Karena membaca adalah ibarat olahraga bagi otak.

43. Jangan pernah berharap kepada sesama manusia. Saya ulangi, JANGAN PERNAH BERHARAP KEPADA SESAMA MANUSIA. Hanya Tuhan lah yang pantas menjadi pengharapanmu.

44. Ingatlah bahwa takdir manusia telah ditulis di langit jauh saat sebelum manusia dilahirkan. Namun hanya ada dua cara untuk merubah takdir, yang pertama adalah doa dan usaha, dan yang kedua adalah Ilmu pengetahuan.

**perkongsian dari wall

SriPurna Ciptati

Sabtu, 26 Mac 2011

~3 BAHAGIAN SABAR~

Bismillahirrahmaanirrahiim,
Sabar bukanlah bermaksud seseorang itu hanya perlu menerima apa sahaja keadaan tetapi umat Islam dituntut bersabar dan dalam masa yang sama turut Doa , Usaha , Ikhtihar dan Tawakal (D.U.I.T).

Di dalam al Asas fit Tafsir oleh Said Hawa ada menyebut 3 pembahagian sabar iaitu :-
1. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
2. Sabar dalam melakukan ibadah.
3. Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.


Sabar dalam meninggalkan maksiat.
Sebagai manusia biasa kita tidak akan jauh dari ujian yang membuatkan kita menghampiri melakukan maksiat.Malah setiap manusia akan diuji dengan maksiat namun menjadi tanggungjawab kita tidak melakukan maksiat tersebut.
Nabi Yusuf a.s pernah diuji dengan maksiat dan Nabi Yusuf a.s bersabar menghadapi perkara tersebut.Zulaikha menggoda Nabi Yusuf a.s dan Nabi Yusuf a.s melarikan diri dari digoda dan semasa Nabi Yusuf a.s melarikan diri baju Nabi Yusuf a.s tarik oleh Zulaikha dan menyebabkan baju tersebut koyak sedikit.Dan selepas perkara tersebut Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha terserempak dengan suami Zulaikha,bagaimana pun Nabi Yusuf difitnah cuba menggoda Zulaikha.Perkara ini telah dicatatkan pada al Quran di dalam Surah Yusuf Ayat 26 sehingga 28 :-

قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ (٢٦)وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ (٢٧)فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ (٢٨)

26. Yusuf pula berkata: "Dia lah Yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang Yang dusta.
27. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang Yang benar".
28. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; Sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Malah di dalam meninggalkan kemaksiatan di samping menegur juga telah dituntut sifat sabar,ini telah di catatkan oleh Allah melalui firmannya pada Surah Al Ashr Ayat 3 :

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.



Sabar dalam melakukan ibadah.

Setiap umat Islam wajib melaksanakan ibadah wajib , antara salah satu ibadah wajib adalah menunaikan solat fardhu.Seseorang yang memenuhi syarat wajib solat maka wajiblah ke atasnya melakukan solat fardhu dan tiada alasan untuk meninggal solat fardhu.

Jika diteliti pada sejarah kepimpinan negara Islam pada zaman Nabi dan para sahabat selepas hijrah berlaku banyak peperangan antara pihak Islam dengan musuh-musuh Islam.Semasa peperangan tersebut berlaku tiada sebarang pengecualian melaksanakan solat fardhu.Malah jika kita bermusafir sejauh mana pun tiada pengecualian untuk melaksanakan solat fardhu.

Kewajipan menunaikan solat hatta kita sedang berperang atau pun bermusafir telah ditetapkan melalui firman Allah pada Surah An Nisa' Ayat 101

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا (١٠١)

101. Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh Yang amat nyata bagi kamu.


Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.

Suatu hakikat yang perlu diterima dan difahami bahawa dunia adalah tempat ujian buat hamba-hambaNya.Setiap manusia akan diuji bergantung pada tahap keimanan seseorang itu dan kemampuan seseorang itu.Maka sifat sabar di dalam menimpa ujian dan musibah adalah amat penting.Malah sifat sabar di dalam sabar juga perlu dititik beratkan.Mungkin agak payah untuk sabar lebih-lebih lagi adakalanya ujian yang dihadapi tidak pernah terfikir akan dihadapi oleh diri kita sendiri,maka dalam hidup perlu menanamkan sifat sabar dengan mendekatkan diri dengan Allah dengan memperbaiki amal fardhu di samping memperbanyakkan amal sunnah kerana semakin dekat hubungan kita dengan Allah maka semakin tertanam sifat sabar di dalam diri.Namun perlu difahami bahawa sabar bukanlah mendiamkan diri semata-mata tetapi perlu usaha dalam menghadapi ujian dan musibah tersebut.

Ujian dan musibah yang melanda diri bukanlah untuk melemahkan seseorang tetapi ujian dan musibah tersebut adalah proses tarbiah ke atas seseorang seperti mana suatu pengalaman akan mematangkan seseorang dari perilaku dan berfikir.

Ujian dan musibah yang melanda bukanlah suatu hakikat yang berlaku secara berterusan tanpa penamat tetapi akan ada kejayaan bagi setiap orang yang bersabar ke atas ujian dan musibah yang melanda,ini telah dicatatkan oleh Allah melalui firmanya pada surah al Baqarah ayat 155 :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥)

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:


Setiap manusia akan diuji dengan ke tiga-tiga bahagian sabar tersebut dan semoga kita menjadi insan yang sabar di dalam sabar.

Wallahua'lam.

~PERINGATAN DAN RENUNGAN 4~

ANDAI MENYAYANGIKU....

Andai benar kalian menyayangiku…

Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..

Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..

Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…

Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.


Pujian hanya mengurangi imanku…

Puja banyak menebalkan mazmumahku….

Panjang angan-anganku…

Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu.

Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan…

Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan…

Biar aku merintih dalam keinsafan…

Biar aku menangis mengenang kekhilafan…

Dari tersenyum tanpa nilai…

Apatah lagi tertawa yang membinasakan…

Sahabat….

Andai benar kalian menyayangiku….

Tebarkan wangian dalam persahabatan…

Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini…

Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Sahabatku…

Sayangi aku kerana-NYA…

Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.

~PERINGATAN DAAN RENUNGAN 3~

5 JARI

Pernahkah kita perhatikan jari kita, bila kelima-lima jari itu dirapat dan diluruskan akan terlihat pelbagai bentuk dan ketinggian jari tersebut. Cuba renungkan dengan mendalam.

Apakah pengertian yang tersirat? Sebenarnya jika direnungkan ia melambangkan kewajipan solat lima waktu. Pernahkah anda terfikir seperti itu? Memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ini, solat lima waktu tidak patut ditinggalkan, jika ditinggalkan maka pincanglah kehidupan. Andai satu waktu solat ditinggalkan ibarat satu jari tiada. Bagaimana jika satu jari tiada?

Mari kita renungkan disebalik kelima-lima jari ini. Bermula dengan jari kelingking dan akhir dengan jari ibu.

Jari Kelingking

Jari yang kecil dan kerdil membayangkan kehidupan setiap insan yang bermula dari kecil, membesar dan terus membesar sehingga ke tua. Itulah fitrah manusia, bermula dari "zero"atau sekecilnya sehingga sebesar-besarnya. Jari ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Masa inilah kanak-kanak perlu dididik dengan sempurna jika tidak ia akan membawa kesan yang besar dimasa hadapan.

Jari Manis

Alam remaja yang penuh manis dan fantasi ini melambangkan jari manis semua orang..setiap kita akan melalui alam remaja, waktu ini pelbagai dugaan dan cabaran pelu dihadapi dengan iman dan takwa segalanya pasti dapat diatasi. Frasa ini juga kita sudah dipertanggungjawabk an segala amalan dihadapan ''Rabbul Jalil" kelak.

Jari Hantu

Seterusnya naik ke jari yang paling tinggi iaitu jari hantu. Di waktu ini alam remaja mula ditinggalkan, alam dewasa mengambil tempat. Usia 20-an ditinggalkan muncul pula usia 30-an. Di peringkat ini kebiasaannya setiap orang sudah mula mempunyai kehidupan yang lebih stabil dengan kerjaya yang teguh, ekonomi yang mantap, mempunyai personaliti yang tersendiri dan keluarga yang bahagia.

Namun diperingkat ini kita perlu berhati-hati kerana diwaktu ini juga banyak "pengacau", "pendengki" dan sebagainya. Gagal mengawalnya akan membawa kesan yang buruk kepada peningkatan diri. Ilmu dan amal perlu dipertingkatkan.

Jari Telunjuk

Jari ini pula mengungkap keEsaan Allah s.w.t didalam solat. Ketika semua jari digenggam kecuali jari ni dikeluarkan, ini sekaligus menunjukkan betapa gagahnya jari ini sebagai penunjuk arahan menjadi contoh dan tauladan. Di peringkat ini, seharusnya manusia tampil sebagai role model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Jari Ibu

Dikenali juga sebagai ibu jari. Bila dilihat ibu jari, ia kelihatan pendek dan besar menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsirkan pelbagai perkara. Disebabkan itu juga biasanya kita cap jari kita diperlukan untuk urusan yang formal selain tandatangan.

Jari ni juga mengingatkan kita bahawa, orang yang muda perlu merujuk setiap perkara kepada orang yang tua dan berpengalaman. Dengari nasihat mereka dan timbang tarakan pendapat mereka, jika ia benar dan selaras dengan asas keimanan, patuhilah mereka. Mendengari nasihat mereka akan membuatkan kita berasa bangga dan berkata "good"atau "yes" sambil jari semua jari digenggam dan ibu jari ditegakkan.

Akhirnya jari ini juga mengingatkan kita akan semakin hampirnya kita bertemu pencipta kita, Allah. Putaran kehidupan yang perlu dilalui oleh semua orang.

Marilah kita renung-renungkan kembali kelima-lima jari kita sedalam-dalamnya.

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

• suka memaki-maki

• memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya

• cepat bersangka buruk

• belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan

• memandang rendah

• hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati

• panas baran, cepat naik marah

• suka berbohong dan mengada-adakan cerita

• cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas

• sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi

• suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.

** sumber : wall amal rahman

~PERINGATAN DAN RENUNGAN 2~

6 Cara Bagaimana Untuk Disayangi

1- SUKA PADA ORANG LAIN

Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?

2- SENYUM

Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyaklah senyum kerana senyum itu sedekah.

3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.

Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.

4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.

5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN

Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.

6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI

Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.

**sumber : wall amal rahman

~PERINGATAN DAN RENUNGAN 1~

3 perkara yang perlu dilakukan bila ada orang kurang senang dengan Anda

Apapun yang Anda buat, pasti akan ada orang yang kurang senang dengan Anda sebab dia tak nak Anda lebih maju daripada dia. Orang camni kita akan jumpa kat mana-mana dan mereka akan sedaya upaya cuba menjatuhkan Anda.

Setiap orang di kalangan kita ada ego masing-masing. Ego mendorong kita untuk rasa mahu dihormati dan dikagumi. Dah tentu kita suka bila ada orang hormat ngan kita pastu kagum ngan kita.

Tapi bila kita tahu tiba-tiba ada orang muncul lebih hebat daripada kita, serta merta kita tidak akan keruan sebab kita tak nak kehormatan orang lain pada kita jatuh mendadak, kita tak nak kita dikalahkan, dipandang rendah dan diperkecilkan. Semua ni datang dari sifat ego dalam diri kita. Inilah punca mengapa ada orang kurang senang dengan kita walaupun kita sendirui tak pernah terfikir nak kacau dia ataupun iri hati dengan dia.

Jika ada orang kurang senang dengan Anda, penyelesaian terbaik adalah:

1. Buat kerja Anda, fokus pada kerja Anda, elak sibuk pasal hal dia dan hal-hal orang lain.

Laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin, sehebat mana yang Anda mampu. Elak untuk bercakap hal-hal diri orang lain dan perbuatan mereka. Nak ambil tahu itu boleh, tapi elak untuk memberi respon atau memberi komen. Dah tahu, cukuplah.

2. Biarkan dia.

Maafkan sikapnya, terima dia seadanya. Jika dia berperangai buruk, terima hakikat yang perangainya dah camtu. Anda tak akan boleh ubah, melainkan dia sendiri merubah sikapnya. So biarkan dia dengan halnya, Anda dengan hal Anda.

3. Gunakan kreativiti untuk memajukan diri dalam bidang Anda sekarang ini.

Elak untuk bersaing, elak untuk jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Fikirkan starategi-strategi kreatif untuk memajukan diri sendiri. Jangan gunakan persaingan untuk memajukan diri kerana ia akan membuat Anda kurang bersemangat.

Untuk sentiasa bersemangat, bebaskan diri Anda dari sikap-sikap negatif seperti dendam, panas baran, dengki atu terlalu bangga diri.

Jika Anda selalu kurang bersemangat, malas atau asyik bertangguh, itu maknanya Anda ada salah satu daripada sikap-sikap negatif yang disebutkan tadi.

** sumber : wall amal rahman

~PILIH AKU UTK IKHLAS~

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita.

Dimana kita...?

Adakah mata kita melihat kejahatan orang lain...?

Adakah telinga kita masih mendengar cerita-carita buruk tentang orang lain dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain...?

jika semua ini masih wujud dalam diri, usahlah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan...!

Jika anda melakukan kebaikan sekalipon, usahlah merasa diri hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia akan mengundang rasa riak.

Jika ibadat anda melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat.

Bukan mudah untuk ikhlas.

Makin dicari makin misteri.

lakukanlah semua perkara kerana Allah...itu yang dinamakan IKHLAS.


Anda ikhlas...?

Tanya pada hati dan anda akan temui...insyaAllah

** sumber drpd wall ''wak dol''

~MEMAAFKAN LEBIH MEMBAHAGIAKAN....~

~Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci...~ agus syafii

Disaat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau didzalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disadari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya karena perih dihati, 'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?' Ujian, cobaan tak kuasa untuk dipikulnya sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi karena luka itu teramat perih. Marah,dendam dan kecewa campur aduk, 'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika kita telah tersakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika anda disakiti berarti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sehat, indah dan membahagiakan bagi anda.

'Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang dzalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.' (QS. Asy-Syuura' 39-43).

Wassalam,

M. Agus Syafii