aku bukanlah sesiapa
utk dibangga dan berbangga
aku hanyalah insan biasa
yang hanya menumpang seketika
menghuni ruang maya
bersama pena dan tinta
untuk menzahirkan segala-gala
aku bukanlah sesiapa
sekadar menghulur salam
bersama rasa di jiwa
bersama matlamat yang nyata
untuk membantu sesama manusia
agar tidak terus terluka
agar tidak terus terleka
agar tidak terus berendam air mata
semata-mata kerana Allah Taala
aku bukanlah sesiapa
namun tidak sampai hatiku rasanya
pabila melihat ada insan yg terluka
pabila melihat ada insan yg sengsara
dan membiarkan mereka begitu sahaja
sedangkan aku mampu dan berdaya
untuk membantu biarpun tanpa dipinta...
di saat kalian jatuh dan rebah
aku memimpin tanganmu tanpa lelah
di saat kalian terluka dan kecewa
aku rawati dgn kata-kata dan nukilan yg bermakna
bukan pujian yg aku damba
bukan pengikhtirafan yg pinta
segala-gala nyer kulakukan tanpa dipaksa
ikhlas rela dan penuh redha
kerna itulah janjiku yg utama
dan tidak akan sesekali aku mungkirinya
kalian seumpama anugerah dari-Nya
dan aku terlalu amat menghargainya
dan tidak mungkin akan kupersia-siakannya...
namun...terkadang rasa sedih dan kecewa
menyentap rasa mencengkam jiwa
setelah sekian lama bersama...
putik-putik kasih yg telah bercambah mesra
akhirnya terkulai tanpa dijaga
aku terleka di dalam jaga
aku teluka di dalam duka
tidak mampu aku melepaskan segala-gala
yg telah menjadi pendamping setia
yg telah menjadi sebahagian diri dan jiwa
kini...barulah aku menyedarinya
memang benar...apa yg dikata
aku bukanlah sesiapa...
utk dibangga dan berbangga...
dan aku juga dapat merasainya
mungkin telah tiba detik dan ketika
mungkin aku perlu utk berundur jua
walaupun kasih dan sayang telah sebati di jiwa
walaupun rindu sarat di dalam dada
hakikat yang tidak mampu dinafikannya
siapalah aku di mata mereka....
di kesempatan yg ada
izinkan aku memohon maaf di atas segala-gala
mungkin aku bukanlah yg terbaik utk terus bersama...
terima kasih yg tidak terhingga
kerana memberi kesempatan yg begitu berharga
untuk mengenali memahami mengasihi menyayangi dan merindui setiap ketika...
biarpun mungkin hanya aku sahaja yg merasainya...
~zaza/11022011/bsh~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan