~kemelut di muara kasih...13~
~kerana rindu ini~
musim-musim berlalu
kumasih menantimu
walau lama terpisah
tiada khabar berita
kau tetap jua dihati ini bertakhta
kuingin melupakan
pahitnya pengalaman
tetapi hati ini
amat degil sekali
wajahmu jua yang datang menghampiri
semenjak terjadinya perselisihan
engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
kerana bimbang diri hilangmu tak kucari
sekalipun aku merinduimu setiap hari
bila pemergianku tak kau peduli
sangkaku kau senangi perpisahan ini
kerana harga diri kutak bertanya lagi
sekalipun kau tetap kusayangi
kerana rindu ini
sombongku terketepi
menghadapi segala biarlah cinta kita
terpelihara dengan restu Yang Esa
~zaza/031011/1.33pm/kdmk 12~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan