TUHANKU...
Aku terlalu lelah...
menghamparkan keinginan...
dari takdirku,
benarkah aku ditentukan begini...
dengan kebijaksanaan...
akalkah yang memandu hidup
atau keinginanku...
yang tidak berhujung
baik itu dari-Mu...
buruk itu kerana aku.
TUHANKU,
aku mohon...
rahmat rahim-Mu.
Bagai ghairah qais pada malam...
memeluk cinta -Mu
disejadah tanpa hijab
bagai uwais...
dikenal dilangit.
TUHANKU,
Aku mohon CINTA-Mu.
zaza/md/07052012/1.30am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan