Selasa, 5 Julai 2011

~kemelut di muara kasih 9~

hari-hari ceria yang aku lalui semakin bercahaya dengan adanya perhatian dan kasih sayangmu....aku rasa cukup gembira dan bahagia sekali...betapa indahnya hidup dan kehidupan ini apabila didampingi oleh insan yang kita sayangi...

seperti kebiasaannya...aku pasti menghubungimu untuk bertanya khabar dan untuk bertukar-tukar cerita...kita berbual mesra dan sekali-sekala diselangi dengan derai tawa...indahnya suasana bahagia terasa...hati berbunga-bunga

di sudut hati ini...sentiasa berharap dan berdoa agar hubungan ini akan terus kekal selamanya...dan tiada lagi kemelut yang menerpa sehingga menggugat hubungan mesra ini...namun, aku tak mampu menipu diri...rasa takut dan gementar sentiasa menghantui...aku tak mahu semuanya berulang lagi...kerna hatiku tidak sanggup untuk menempuhinya lagi...terlalu sakit dan perit yang kurasai...sehingga ianya mencengkam rasa dan jiwa...

kita berbual-bual agak lama juga....banyak perkara yang kita bualkan...kemesraan yang tercalar seketika dulu kembali berbunga...setelah beberapa ketika, kita akhiri bicara dengan ucap mesra seperti biasa....dan berjanji akan terus bersama walau dalam apa jua keadaan dan situasi yang menjengah tiba...

sebaik sahaja perbualan diakhiri...aku terus termenung sendirian...memikirkan tentang dirimu...terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi dalam jalinan ukhwah dan kasih sayang ini...namun, aku tidak pernah menyimpan walau sekelumit rasa benci di hati...kerna kau amat aku sayangi...

aku mencapai sekeping kertas lalu melakarkan sebuah puisi buatmu...

sayang
dalam kekalutan yang menjengah
aku di sini terus melangkah
tidak pernah sekali aku mengalah
walaupun terkadang aku hampir rebah

sayang
tiada apa yang mampu menyanggah
di saat rasa kasih dan sayang ini menyinggah
biarpun terkadang dihimpit resah dan gundah
sehingga hati dan minda mulai goyah

sayang
berjanjilah kita buat sekian kalinya
akan terus bersama walaupun dihenyak dan dihimpit rasa
sehingga menggugat kasih dan sayang kita
kerna di situlah letaknya ketulusan dan kesetiaan kita

~zaza/06072011/10.45am/kmdmk 9~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan