Rabu, 25 Mei 2011


~monolog kasih sayang~

selingkar kisah tercipta
bersatulah dua hati
yang dulunya terasing
bersama haluan sendiri
tanpa ungkap bicara
tanpa ucap mesra
terpinggir keasingan
tanpa sejalur rasa di jiwa
seketika berbicara
dalam kekalutan hiba
tanpa sedar...episod bermula
dengan mesra salam bertakhta
bersatulah kita
dengan sejuta rasa yang memacu setia
bersama kasih yang melata
bersama sayang yang membara
antara kita
semakin akrab jalinannya
semakin berpadu hati dan jiwa
tanpa sedikit pun ruang
untuk saling alpa leka dan lupa
biarpun terkadang
disapa kemelut badai yang menyinga
sehingga menggugat kemesraan yang ada
namun...
kita masih tetap setia bersama
melayari kehidupan dengan rasa bahagia
biarlah salah di mata mereka
namun...kita tetap bersama
benarlah kata pujangga
tak kenal maka tak cinta...
pabila kata bersulam mesra
pabila bicara menguntum rasa
hati terpaut jiwa bertaut
tanpa resah tanpa gundah
ukhwah terindah anugerah Allah
kusambut penuh redha
akan kupertahankan segalanya
biarpun seringkali disergah
dgn pelbagai kemelut yg menyinggah
namun...untuk aku menyerah
tidak sesekali untuk aku membuat noktah
biarpun aku terpaksa dihimpit derita yg tak sudah...
semoga segala-galanya
dipermudahkan Allah swt...InsyaAllah

~zaza/26052011/11.13am/mks~

Selasa, 24 Mei 2011


~secebis penzahiran....~

tetes-tetes jernih itu
mengalir lagi satu-persatu
tanpa perlu dipandu
berjuraian bercucuran
lantaran hati dicengkam pilu...
terhenyak lesu
tanpa hala tuju
membungkam bicara tanpa restu
akulah itu...
terus-menerus menyemai kasih
menuai sayang
menganyam cinta
membelai rindu
tanpa sekelumit rasa jemu
biarpun sejuta kemelut yang memacu
sehingga menghentam jiwa ragaku
lelah lemah goyah dan hampir rebah
tiada secebis pun rasa kebencian
yang hadir menyinggah...
kerna...
rasa kasih sayang dan cinta itu
mengatasi segala-gala
sedetik berlalu tanpa perhatianmu
langkahku terhenti tanpa arah tuju
tiada lagi bahagia yang menemani diriku
biarpun...
di saat ini
aku masih mampu mengukir senyum
namun...
di hatiku di jiwaku
derita bersarang parah bertandang
terasa gelap pandangan
terasa kabur penglihatan
jurang pemisah semakin hampir
walaupun bukan kehendak diri ini
ke mana arahku
ke mana tujuanku
aku sendiri keliru...
perlukah aku terus bersama
jika...kehadiranku selama ini
hanya menambah duka dan derita
hanya mencipta noda dan dosa
hanya melakar sendu dan pilu...
pengganggu hidup dan kehidupanmu
perosak bahagia dan kebahagianmu
perampas kasih sayang dan kesayanganmu
siapalah aku...

~zaza/25052011/11.19am/sp~

Isnin, 16 Mei 2011

~Selamat Tinggal....Zizan & Dina~

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Ahad, 15 Mei 2011

~kemelut di muara kasih...7~

hari demi hari, jalinan ukhwah dan kasih sayang ini menjadi semakin erat dan padu. Bagaikan tiada ruang sedikit pun utk kita melupakan antara satu sama lain. Bahagia yang dirasa cukup mendamaikan jiwa...

"akakkkk.....nanti kita jumpa yerrr...!!!"
"adik nak jumpa akak sangat2...."
"adik nak minta maaf ngan akakkkk...."
"adik sayang akak sangat2 tau....."

Aku hanya mengiyakan saja apa yang diungkapkannya. Jauh di sudut hati...aku memang berharap sangat-sangat agar adanya pertemuan kedua antara kami berdua...

"InsyaAllah...dikk, nanti kita jumpa ehh..."
"Akakk pun memang nak jumpa sangat dengan adikkk...."
"Kita doa sama2 yer...agar impian kita ini akan jadi kenyataan...aminn"

Hatiku berbunga ceria dan berharap agar pertemuan yang diimpikan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat ini....

Hari-hari yang dilalui sungguh mengasyikkan dan mendamaikan....gelak tawa dan usik mengusik sering mewarnai setiap pertemuan kita...walaupun hanya di ruang maya...walaupun hanya melalui perbualan di telefon saja...bersyukur aku kehadrar Allah swt dengan anugerah ini....terlalu istimewa dan bermakna sekali...

Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya....dan aku juga berharap hubungan ini akan terus kekal selamanya...biarpun nanti dilanda badai yang tak mampu diterjang...hubungan ini masih mampu bertahan...InsyaAllah

Setiap detik yang kita lalui bersama meninggalkan sejuta nostalgia yang tidak mampu dilenyapkan dalam sekelip mata...semoga Alah swt akan memberkati dan merahmati hubungan ini....

~zaza/16052011/12.46/kdmk 7~

Khamis, 5 Mei 2011

~kemelut di muara kasih...6~

betapa bahagianya melewati hari-hari...dgn ditemani insan yang sangat disayangi...hati ini terus berbunga...jiwa ini terus ceria...keprihatinanmu benar-benar menyentuh hatiku...kasih sayangmu benar-benar membahagiakanku...

"saya sayangggg akakkk sangat-sangat...."
"akak selalu ada bersama saya di saat saya memerlukan..."
"akak selalu ada....ku ada kamu"

kata-kata itu menjadi pemangkin dan penyuntik semangat untukku teruskan hubungan ini...dalam masa yang sama, aku terus berdoa kepada Allah swt agar jalinan ukhwah dan kasih sayang ini akan terus kekal selama-lamanya....dan aku juga berdoa agar...tidak akan ada lagi kemelut yg menyinggah sehingga menjarakkan hubungan ini...

semakin hari semakin akrab hubungan kita...penuh ceria dan bahagia...usik-mengusik sering menjadi pelengkap hubungan kita....dan sikapmu yang manja membuat aku tidak jemu mengusik dan menyakatmu....

kita bagaikan tidak mampu dipisahkan lagi....kita sering berhubungan jika ada kesempatan yang terluang...sms, ym, FB adalah medan utama untuk kita bersama mencipta pelbagai kenangan indah...hanya kita yang memahami segala situasi yang kita lalui...bahagia tercipta...derita tersirna....

~zaza/06052011/10.06am/kdmk 6~