Jumaat, 17 Februari 2012


~bicara sekeping hati....~

*Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati...

*kita selalu mengharapkan hujan di saat mentari bersinar terang...
kita juga sering mendambakan mentari di saat hujan menjengah datang...
akan tetapi...kita sentiasa terlupa dan terleka
bila mana semua kejadian itu
terkandung hikmah di sebaliknya...
sentiasalah bersyukur dan mensyukuri atas segala ketetapan dan ketentuan-Nya...

*Awak kata awak sukakan hujan, tapi bila hujan, awak keluarkan payung, Awak kata awak sukakan matahari, tapi bila panas, awak cari tempat yang redup, Awak kata awak sukakan angin, tapi bila angin bertiup ke arah awak, awk tutupkan mata awak.. Sebab tu saya risau bila awak kata awak sukakan saya.

*Anda tak perlu mencari seseorang yang menyempurnakan anda, tapi anda perlu mencari seseorang yang menerima anda secara sempurna

~zaza/bsh/17022012/8.47pm~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan