Rabu, 25 Mei 2011


~monolog kasih sayang~

selingkar kisah tercipta
bersatulah dua hati
yang dulunya terasing
bersama haluan sendiri
tanpa ungkap bicara
tanpa ucap mesra
terpinggir keasingan
tanpa sejalur rasa di jiwa
seketika berbicara
dalam kekalutan hiba
tanpa sedar...episod bermula
dengan mesra salam bertakhta
bersatulah kita
dengan sejuta rasa yang memacu setia
bersama kasih yang melata
bersama sayang yang membara
antara kita
semakin akrab jalinannya
semakin berpadu hati dan jiwa
tanpa sedikit pun ruang
untuk saling alpa leka dan lupa
biarpun terkadang
disapa kemelut badai yang menyinga
sehingga menggugat kemesraan yang ada
namun...
kita masih tetap setia bersama
melayari kehidupan dengan rasa bahagia
biarlah salah di mata mereka
namun...kita tetap bersama
benarlah kata pujangga
tak kenal maka tak cinta...
pabila kata bersulam mesra
pabila bicara menguntum rasa
hati terpaut jiwa bertaut
tanpa resah tanpa gundah
ukhwah terindah anugerah Allah
kusambut penuh redha
akan kupertahankan segalanya
biarpun seringkali disergah
dgn pelbagai kemelut yg menyinggah
namun...untuk aku menyerah
tidak sesekali untuk aku membuat noktah
biarpun aku terpaksa dihimpit derita yg tak sudah...
semoga segala-galanya
dipermudahkan Allah swt...InsyaAllah

~zaza/26052011/11.13am/mks~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan