Ahad, 24 April 2011

~kemelut di muara kasih....4~

sunyi....sepi....tanpa sebarang kata2 lagi...aku melayan perasaanku bersama sebak dan sesak yg sarat.pada siapa inginku luahkan lagi, biarlah segalanya aku tanggung sendiri...biarlah sakitnya aku tempuhi sendiri...dalam masa yg sama, aku masih mengharapkan ada sinar yang akan menerangi perjalanan hidupku.

aku terus terpaku di hadapan komputer ribaku. dalam situasi yang bertandang ini, aku perlu terus kuat dan tabah. fikiranku buntu emosiku terganggu...tapi aku perlu menghabiskan urusanku yang masih tertunda. aku perlu menyiapkan projek bukuku yang semakin hampir tamat tarikh penghantarannya. Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan hatiku ini.

tiba-tiba aku dikejutkan dgn bunyi sms di telefon bimbitku. dalam hati aku sangat2 berharap...agar 'adikku' itu yang menjadi penghantarnya. alangkah gembiranya hatiku apabila menerima sms darinya walaupun aku belum lagi membaca isi kandungannya. aku yakin, pasti ada khabar gembira buat diriku...InsyaAllah.

aku baca dan amati setiap kata2 yang dicoretkan dlm sms itu. aku terpaku dan terpegun tatkala membaca baris demi baris ayat. hatiku mula berbunga dan rasa kasih sayangku kembali bertakhta. rinduku semakin meronta dan membara.

~zaza/25042011/11.45pm/kdmk 4~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan