Khamis, 21 April 2011

~muhasabah diri~

Daripada Umar ibn al Khattab ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "Perbanyakkanlah salawat ke atasku pada malam yang bergemerlapan dan hari yang bercahaya (hari Jumaat), kerana sesungguhnya salawat kalian dipersembahkan kepadaku, maka aku mendoakan serta memohon keampunan bagi kalian." (Diriwayatkan oleh al Hafiz Abu al Qasim ibn Basykual)

Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengucapkan selawat ke atasku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat dan malamnya, nescaya Allah akan menunaikan baginya 100hajat; 70 daripadanya hajat-hajat akhirat dan 30 dari hajat-hajat dunia. Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat yang masuk menemuiku di dalam kuburku sepertimana orang yang masuk membawa hadiah-hadiah buat kamu. Sesungguhnya pengetahuanku selepas kematianku sama seperti pengetahuanku ketika hidup." (Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah)

Daripada Anas ra daripada Nabi saw bersabda: "Sesiapa mengucapkan salawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 1000 kali, nescaya dia tidak akan mati melainkan setelah melihat tempat duduknya di dalam syurga." (Diriwayatkan oleh Abu Hafs Ibnu Syahin)

~zaza/22042011/md~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan