Isnin, 21 Mac 2011

~MUHASABAH DIRI ~


~BUAT INSAN2 YG SEDANG TERLUKA...JGN TERUS BERDUKA...BANGUNLAH...BANGUNLAH~


~titipan buat...adik2 dan anak2..hayati dan fahami...jgn mengalah...teruslah melangkah...~

CINTA LUKA

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.

Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.

Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati lelaki seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang lelaki. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.

Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak lelaki itu bukannya aku.

nukilan :

Insan yang terluka

ummi harap anak2 ummi dpt fahami apa yang ingin ummi sampaikan ini...dan seboleh2nya ummi harap agar cubalah jadikan ia sebagai panduan k....

* jgnlah menyesali apa yg telah berlaku...sesungguhnya ada hikmah yg tersembunyi di sebalik semua kejadian itu.....ada baiknya 'berpisah' dgnnya sekarang sebelum perhubungan berlangsung dgn lebih jauh lagi sehingga ke jenjang pelamin....sekiranya keadaan ini lalui, pastinya kelukaan dan kedukaan akan berganda...tapi, syukurlah...kerana hubungan tue berakhir sekarang...apa yang dilalui sekarang adalah merupakan suatu ujian ..dan Allah swt sesekali tdk akan menzalimi hamba-Nya....dan DIA Maha Mengetahui segala kejadian di langit dan di bumi....redhalah dengan perpisahan ini...sakit perit pedih mmg tak dapat dielakkan namun....sebagai seorang mukmin yg beriman dan bertaqwa kita perlu kuat....hidup perlu diteruskan....

*janganlah mengalah dan putus asa hanya kerana dikecewakan oleh seorang wanita atau seorang lelaki....bersyukurlah, sekurang2nya kita masih berkesempatan untuk mengenali seseorang dan menyayanginya cuma jodoh tidak berpihak kepada diri kita.....pasrahlah

*usahlah kita pertikaikan apa2 lagi...setiap apa yg berlaku itu pastinya bersebab dan ada hikmahnya...kerana itu adalah janji Allah swt kepada setiap hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa kepadanya...

*kita perlu kumpul kembali semangat yang hilang tue....bangun dan bangun...jgn ssekali mengalah....!!! kita perlu kuat tabah dan yakin pada diri sbb...tiada org lain yg dapat membantu diri kita sendiri...HANYA kita yg mampu utk mengubah segala2nya....apa guna terus meratapi perpisahan yg berlaku ini...sedangkan masih ada ruang dan kesempatan di hadapan kita....jangan persia2kannya....rebutlah ia dan jgn sesekali biarkan ia berlalu lantaran diri yg masih dibayangi duka lara dn kecewa kerana cinta....kita perlu bangun jangan biarkan seluruh diri kita menjadi hamba kepada kedukaan dan kekecewaan....takder faedahnya anak2ku....

*jadikan kedukaan kesakitan keperitan dan kekecewaan lalu itu sebagai pemangkin semangat utk kita...jangan biarkan org2 di sekeliling kita mentertawakan kita lantaran lemah dan longlai lalu rebah ke bumi semata2 kerana seorang wanita @ lelaki....bangun dan terus bangun....!!!! tak perlu tergopoh-gapah utk mencari cinta...seandainya ada redha Allah swt terhadap diri kita...pastinya cinta itu akan hadir tanpa perlu kita mencarinya....kerana itu mmg janji Allah sham....dan ummi nak anak2 ummi tahu bahawa semua manusia berhak utk mengecapi bahagia...cuma jarak masa dan ketika jer yg kita tk dpt jangkakan....

*doa ummi semoga anak2 ummi akan terus tabah....terus kuat dan yakin pada diri sendiri...jgn mengalah...bangun dan terus bangun....

*mengapa perlu terus mengejar cinta insani...bairkan ianya datang sendiri... kejarilah cinta Illahi...kerna cinta-Nya cinta yang abadi dan hakiki...

ini pendapat dan pandangan ummi....ummi harap anak2 ummi buatlah yg terbaik utk diri sendiri dan juga masa depan....ummi pasti menyokong anak2 ummi dan akan membantu selagi ada daya ummi....

maaf andainya ada tuturkata ummi yg menyinggung dan menyakiti hati anak2 ummi...maafkan ummi...tak terlintas di hati utk menambahkan lagi lara jiwa kacau anak2 ummi....

salam...

~zaza/10022011/bsh~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan