Ahad, 6 Mac 2011

~SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,,,~


**peringatan utk diri ini jugaa....

* duhai apakah gerangan...budi balasan

bagi insan melahirkan membesarkan

tiada bahagia jika tiada doa puja restu

syurga itu di telapak kaki ibu....

Khas tuk sesiapa yg masih punyai ibu... kalau dh tiada... tiap kali solat.. rajin2 sedekahkan Al-Fatihah.. :)

Assalamualaikum wbkt.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang mengetahui apa yang nyata mahupun terselindung. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk untuk dicontohi, nabi Muhammad saw....

Allah swt telah meletakkan darjat seorang ibu ditempat yang ketiga selepas diriNya dan rasulNya untuk ditaati. Kita wajib mentaati segala perintahnya selagimana tidak bersalahan dengan batasan syarak. Kewajipan ini menjadi khusus bagi setiap lelaki berakal namun bagi seorang wanita yang telah berkahwin pula kewajipan ini telah berpindah kepada suaminya. Indahnya keadilah Allah menampakkan kepada kita akan keutamaan yang ada kepada seorang wanita yang bergelar ibu dan seorang lelaki yang bergelar suami.

Menyayangi seorang ibu merupakan ibadah. Namun menyayangi seorang ibu itu tidak hanya dengan lafaz semata. Ianya perlu kepada pengorbanan dan kebijaksanaan bagi memastikan keredhaan seorang ibu kepada anaknya itu berkekalan hingga ke syurga. Diantara pendekatan yang dirasakan baik bagi meraih redha seorang ibu adalah;

1. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

2. Tunjukkan wajah yang paling manis bila berhadapan dengannya.

3. Rendahkan nada suara bila berbual dengannya, lebih elok menunjukkan kebodohan daripada keangkuhan didepannya.

4. Sebelum berbual melalui telefon atau berjumpa eloklah difikirkan terlebih dahulu sesuatu yang akan mengembirakannya. Pohon kemaafan darinya setiap kali berpisah dengannya.

5. Fikirkan dengan mendalam pendekatan yang terbaik sebelum menegur kesalahanya dan pohon kemaafan selepas itu.

6. Hanya kongsikan cerita atau berita yang menyenangkan untuknya. Segala permasalah peribadi atau keluarga cuba rahsakan dari pengetahuannya. Ini kerana sebahagian masalah peribadi kita tidak menambah kecuali kerunsingan untuknya, menganggu tidurnya dan menjejas kesihatannya tanpa dia mampu untuk menyelesaikannya. Jika terdesak juga untuk memberitahunya maka mungkin ayat ini sesuai " Mak tolong doakan saya sebab saya ada sikit masalah, doa mak mustajab, tolong ya mak". Cukup sekadar itu dan simpan semua rahsia selepasnya.

7. Berilah hadiah atau buahtangan walau sekecil manapun nilainya bila menziarahinya.

8. Ringankan tulang bagi meringankan tugasannya. Jika punya anak-anak yang telah sempurna akalnya arahkan mereka untuk melaksanakan segala tugasan yang memberi manafaat untuknya dan minta darinya untuk mendoakan kejayaan anak-anak kita.(pd yg dh kawen).

Ya. Allah rahmatilah Ibu dan Ayah kami dan berikanlah kegembiraan kepada mereka berdua di dunia dan akhirat serta tempatkanlah mereka didalam syurga firdausi. Ya Allah jadikanlah kami anak-anak yang mendapat keredhaan mereka kerana keredhaan mereka merupakan sebahagian syarat bagi memperolehi keredhaanMu. Amin.

Wassalam

~ Maria Najiha~

*sumber : cik maria najiha

~zaza/19022011/sdtki~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan