Isnin, 7 Mac 2011

~MASIH ADA YANG SAYANG~


buat tatapan semua....

M-mengapa mesti kita terus bersedih dan menyesali atas segala yang berlaku
A-akur dan redhalah dengan ketentuan-Nya
S-singkaplah tabir kesedihan dan kedukaan itu..biarkan
I-ianya berlalu...dan dibiarkan terus membelenggu
H-hidup ini perlu diteruskan....

A-anggaplah segala ujian dan dugaan yg dilalui itu sekadar menguji keimanan dan ketaqwaan kita
D-deraian air mata yang berterusan bukanlah penyelesaian bagi segala permasalahan...masih
A-ada ruang dan kesempatan untuk kita mengecapi kebahagiaan dalm hidup dan kehidupan kita

Y-yakinilah adanya bahagia buat kita...
A-ada kasih...ada sayang yang menanti kita...berdoalah sentiasa
N-nescaya...Allah swt akan bersama-sama dengan kita...teruskan hidup
G-galaslah segala dugaan dengan penuh keredhaan dan kepasrahan

S-sentiasalah sujud pada-Nya...bermunajat dan bermuhasabah diri
A-Allah swt akan sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan kita
Y-yakinlah masih ada yang sayang pada kita...
A-abadikanlah segala kedukaan kelukaan dan kekecewaan lalu di lubuk hati yang paling dalam...
N-nikmatilah ruang dan kesempatan yang ada ini sebaik2nya
G-gunakanlah kesempatan yang ada untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan kita...


***biar hati dilanda resah dan gelisah...biar hati diusik duka lara...biar hati bagaikan disiat@ sembilu bisa....biar hati dikelar dgn belati yg tak bermata....biar hati merana kerana tiada yg memperdulikannya....SEDARLAH...ini bukan pengakhirannya....hidup perlu diteruskan...sesungguhnya masih ada insan2 yang prihatin dan mahu menghulurkan bantuan pandangan dan perhatian...kerana MASIH ADA YANG SAYANG pada kita.....!!!!


-zaza/mays 1104/2010-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan