Jumaat, 18 Mac 2011

~PESANAN BUAT KAUM WANITA~


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat renungan khususnya untuk

para wanita dan diri sendiri..

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala

ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab,"Pada malam aku di isra'kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa

dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis.Kerana,menyaksikan mereka yang

sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan

digantung rambutnya,otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan

ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,

dihulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku

lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari

api neraka,otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan

yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat

memukulnya dengan pentung dari api neraka,kata Nabi Muhammad s.a.w.

Fatimah Az-zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah s.a.w menjawab,"Wahai puteriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya

mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah

tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya

dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya

kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking

padanya kerana ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami,"

Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan